HALAQAH KSHAS

HALAQAH KSHAS
inshaAllah indah

Wednesday, January 26, 2011

HLQF132 / HLQB211: APAKAH???

Assalamualaikum w.b.t.

Hummm... pelik. Ada subjek baru ke semester hadapan? Sebenarnya bukan ada subjek baru pun, entry kali akan diceritakan sedikit apa itu halaqah? dan kenapa ianya diwajibkan kepada para pelajar.

HALAQAH VS. USRAH
Perkataan Usrahأُسَرَاتٌ، أُسَرٌ ) yang datang dari bahasa Arab yang membawa maksud 'keluarga'. Halaqah pula bermaksud lingkaran atau bulatan. Namun, dalam konteks perlaksanaan di Uniten KSHAS, kita menggunakan 'brand' HALAQAH, tetapi ia sebenarnya adalah USRAH
Usrah (menurut istilah) ialah satu unit kekeluargaan yang diikat dengan: 

  1. kesatuan akidah (wehdatul aqidah), 
  2. kesatuan fikrah (wehdatul-fikr) dan 
  3. kesatuan kesedaran untuk 
sama-sama saling membantu memperkukuhkan Jama’ah Islam dari pelbagai sudut bagi membolehkan kerja-kerja amal jama’ie dapat dilaksanakan dengan teratur sehinggalah tercapai matlamat yang teragung iaitu tertegaknya Daulah dan Khilafah Islamiyyah. 

TA'ARUF, TAFAHUM, TAKAFUL
Menurut Imam as-Syahid Hassan al-Banna didalam bukunya Usrah & Da'wah (edisi terjemahan: iluvislam.com), terdapat 3 rukun di dalam usrah yang perlu dipelihara & ambil berat bagi menjayakan sesuatu usrah, iaitu disebut dengan 3TA: berkenalan, kesefahaman, pertolongan/berseimbangan.
1) Ta'aruf (berkenalan) 

-secara kasarnya ialah kenal mengenali antara satu sama lain dan wujudkanlah suasana kasih sayang sesama saudara dengan roh Allah. Hayatilah persaudaraan (ukhwah) yang sebenar dan ideal sesama kamu. Berusahalah sedaya upaya supaya kamu tidak melakukan sesuatu yang boleh mengeruhkan hubungan antara kamu. Sentiasa laksanakan ayat-ayat al-Qur'an dan Hadis Nubuwwah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara". [al-Hujurat 49:10]

"Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada tali Allah (agama Islam)". [ Ali 'Imran 3:103]
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Seorang mukmin kepada mukmin yang lain ibarat satu binaan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain” ( riwayat Bukhari dan Muslim).
“ Seorang muslim bersaudara dengan muslim yang lain, dia tidak menzalimi dan membiarkan saudaranya dizalimi..” ( riwayat Bukhari : Fathul Bari : 2334)
Antara contoh taaruf ialah setiap akh (saudara ) perlu  tahu  akh seusrah tentang nama, tempat tinggal, pekerjaan,berkenalan dengan ahli keluarganya, bapanya, adik beradiknya, tahu realiti sosialnya dan lain-lain lagi. Generasi sahabat adalah contoh unggul dalam mempraktikkan makna taaruf di dalam masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah SAW. Amali kepada rukun taaruf ini ialah :
1. Setiap akh bertanya dirinya, sejauh mana dia pernah menziarahi rakan usrahnya.
2. setiap akh bertanya, adakah dia bertanya khabar akh seusrahnya.
3. Adakah ada dalam hatinya , sahabat seusrahnya merupakan sahabat yang terbaik.
4. Adakah dia mengenali ahli keluarga, nama anak-anak, tempat tinggal setiap ahli seusrahnya.
5. Adakah dia membalas kunjungan balas ziarah setiap ahli usrahnya.
2) Tafahum (kesefahaman)

-merupakan rukun kedua bermaksud saling memahami. Ianya membawa erti agar setiap akh sentiasa istiqamah atas manhaj kebenaran dan melaksanakan  apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Mereka saling bermuhasabah atas ketaatan dan maksiat dan saling memberi nasihat jika melihat kekurangan yang ada pada akh mereka. 
Setiap akh bersedia memberi nasihat pada akh yang lain manakala akh itu pula bersedia menerima nasihat tersebut.
Jika akh itu tidak mampu merubah akh yang lain dengan nasihat, hendaklah ia menggunakan saluran murabbi. Murabbi akan membantu menyelesaikan dan membaiki kelemahan akh tadi. Nasihat tadi diberikan dengan penuh lembut, pandangan kasih sayang. 
Akh yang menerima nasihat tersebut, sentiasa bersikap terbuka dan berlapang dada, tidak membalas dengan kata-kata yang kasar, berubah persepsi pada akh sehalaqah. Ini kerana  kasih sayang kerana Allah adalah setinggi martabat dan nasihat adalah bahagian dari rukunnya. Peringkat paling rendah salamatus sadr (sejahtera hati) dan paling tinggi ithar ( mengutamakan akh dari dirinya). 
Perkara yang kedua untuk membina tafahum ialah sikap saling taghafur ( mendoakan keampunan) pada akh seusrah. Sentiasa kita mendoakan kesejahteraan, kethabatan dan keampunan buat akh kita agar sentiasa dalam momentum dakwah dan perjuangan. Antara contoh amali kepada tafahum ialah :
  1. Adakah anda pernah meminta nasihat dar akh anda.
  2. Adakah anda rasa sempit dada atas nasihat akh anda.
  3. Adakah anda bertanya dan meminta pandangan dari murabbi anda dalam urusan hidup anda.
  4. Adakah anda bersedia menerima teguran dari murabbi anda.
  5. Adakah anda berlapang dada dengan nasihat murabbi anda.
  6. Adakah anda sentiasa berdoa setiap solat untuk akh anda ?

3) Takaful (pertolongan)


-Bukan Takaful Insurans, tetapi fungsinya hampir sama. Takaful (pertolongan) membawa maksud setiap akh akan memikul beban akh yang lain sebagai bukti ketinggian iman dan keluhuran ukhuwwah.
Setiap akh hendaklah saling berjanji setia untuk melakukan kebaikan, prihatin, segera membantu jika ada kesulitan yang menimpa akh lain. Serendah-rendah takaful ialah memberi bantuan apabila diminta, paling sederhana ialah membantu dengan kadar hajat yang diperlukan dan takaful yang paling tinggi ialah memberi bantuan  walaupun tanpa diminta.
Rasulullah SAW bersabda : “Manusia yang paling disayangi ialah yang paling bermanfaat kepada manusia lain, sebaik-baik amalan pula ialah memberikan kegembiraan pada saudara seislam, menghilangkan kesusahannya, melunaskan hutang, menghapuskan kelaparannya, sesungguhnya aku suka berjalan bersama saudaraku untuk menunaikan hajatnya lebih aku sukai dari beriktikaf di dalam masjid ini sebulan…”
Antara contoh amali rukun takaful :
  1. Adakah anda mengambil berat keperluan dan kesulitan akh anda.
  2. Adakah anda segera membantu akh anda yang ditimpa kesusahan.
  3. Adakah anda berkira-kira dengan sumbangan yang diberikan.
  4. Adakah anda bertanya pada akh anda keperluannya.
  5. Adakah anda menabung untuk meringankan keperluan dan kepayahan akh anda.

SELAMAT BERHALAQAH...
Sumber rujukan:

0 comments:

Post a Comment