Alhamdulillah...syukur kepada Allah kerana masih diberi peluang untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan..semoga hari2 mendatang mendidik kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur. ^_^
sudah masuk minggu ke 2 untuk sem baru.Salam mujahadah diucapkan kepada pelajar2 uniten..makin tension nampaknya..baru minggu ke 2 project paper sudah berlambak..hehehe.apalah erti kehidupan kalau xde halangannya..betol x?bersabarlah dalam menempuhi hari2 baru ^_^
ok..sudah lama pihak admin xupdate blog..mohon maaf atas ke'bz'an semua pihak..blog pown sudah jadi xformal..tp insyaAllah masih boleh difahami..kan3?hehehe...
Pagi tadi,ana berjalan ke kelas..terlambat keluar rumah 5min dari biasa..haaa..terkocoh2 la jalan..dah sampai kelas,1st thing mata jeling ke meja lecturer..alhamdulillah..lecturer blum masuk..adab berguru,pelajar perlulah tunggu guru..bukan guru tunggu pelajar..nasib lah hari ini lecturer pown lambat..fuhhh..lega!kepada adik2,sahabat2,jangan tiru aksi ini ye..hehehe..kalau sesekali terlambat xpe..tp jangan selalu..xelok taw ^_^
Ana sempat lagi bertegur2 dengan sahabat dalam kelas..almaklum lah tinggal lain2 kelompok..sekali jumpa mmg la kecoh..hehe..dalam masa yang sama sempat meneliti pakaian sorg2 sahabat ana..dalam hati berbisik,mungkin mereka belum bersedia..ku titipkan doa moga kau mendapat hidayah wahai sahabat..amin..
komik bawah ni ana dapat dari blog sahabat ana..tertarik ana tgok komik macamni..comel kartun2 dye..hehe..mesej pown kesampaian..ana nak share dengan muslimah2 yang disayangi..semoga semua mendapat manfaatnya.. ^_^
Halaqah merupakan antara inisiatif program yang dijalankan oleh pihak pengurusan UNITEN bagi mendidik dan memastikan pelajar-pelajar UNITEN dapat memiliki sifat-sifat terpuji serta ciri-ciri asas yg selaras dengan kehendak Islam demi mempertingkatkan syakhsiyyah diri ( komitmen yang jitu, pemikiran yang positif, tingkah laku yang baik dan tahap keilmuan yang tinggi ) ke arah melahirkan Generasi Profesionalisme Muslim.
0 comments:
Post a Comment